Apa komen anda? banyak syarikat yang memproses makanan dgn cara tidak halal. Adakah cukup dengan boikot sementara kemudian beli balik dengan dia juga. Bgaimana pula dgn peniaga-peniaga sebagai pelanggan besar kpd mereka nie dan pelanggan peniaga tersebut (jual makanan siap) seperti kita.? Mungkin sepatutnya kita sudah lama tidak mengharapkan orang yang tidak jujur ini membuat makanan untuk kita.
sape2 yang suka beli ayam kat supermarket/pasar supaya berhati-hati..
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, KementerianPengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB dirumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antaralokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara danberakhir sekitar jam 4 pagi.
setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajibdiputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kanan leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Keratan4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yangmenjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumahsembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah.Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh,Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklahpenyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan matisebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Adapula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yangorang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yangtak putus habis ini
Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini daripada Beringin Jinjang (premis sembelihKim Foog Trading) di sebelah pagi. Kat belakang premis ini ada tempat sembelih Babi. Pemantauan satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun, mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goreng dengan tauhu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya dibawah).

Dilangganioleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia,prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
AlBaqarah 168.Wahai sekalian manusia!makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati, ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampaktak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini)Kemudian dia celur dan proses
Bila ditanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit.Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Iniyang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.
(KLSupreme Processing Sdn Bhd.)
Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa kesemasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.
Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunningprocess), sebelum dimbelih.
Muncungayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasaoperasi sembelihan.
PROSES SELEPAS SEMBELIH
SEDIA UNTUK DIPASARKAN