Catatan Popular

Selasa, 2 Ogos 2011

Bahaya MSG Dalam Masakan Anda

Kanak-kanak dan Ibu yang sedang mengandung tidakboleh mengambil MSG.
Kalau buatan jepun dikenali dengan Ajinomoto, Miwon dari Korea, Vetsin keluaran Taiwan, Sasa yang datangnya dari Hongkong dan banyak lagi.
Kesemuanya mempunyai komposisi yang sama yaitu : Mono Sodium Glutamat (MSG) yang mengandungi bahan kimia HCOCCH (NH2) 2 COO-NA hasil campuran asam glutamat dan natrium Hidruksid.
Bahan yang paling penting untuk membuat MSG yaitu asam glutamat yang seperti asam amino yang terdapat pada tumbuhan, haiwan, minyak kelapa sawit dan pada tubuh manusia. Pernah diceritakan bahawa asam glutamat ini diperbuat daripada otak babi. Hal ini sukar untuk dipercayai disebabkan tidak ekonomi, sukar untuk membuatnya dan asam glutamate yang ada di dalam otak babi itu hanya berkadar 0.01 %..
Ada juga yang diperbuat daripada sisa gula tebu yang sudah tidak boleh menjadi kristal. Di negara yang tidak mempunyai tebu, asam glutamat itu dibuatnya dari gulabit, gandum, kedelai, tapioka, minyak bumi atau diperbuat secara sintetik.
Pembuatannya itu memerlukan teknologi tinggi serta modal yang tidak sedikit.
MSG dan kesihatan
Orang Jepun menggunakan MSG semenjak tahun 1920, oleh kerana MSG sudah digunakan di keseluruh Dunia, para saintis telah melakukan perbagai kajian dari segi kemerbahayaan atau MSG ini. Pada awalnya kajian dilakukan keatas anak Ayam dan Monyet.
Kajian ini yang dilakukan pada tahun 1971 mendapati bahawa MSG yang diberikan kepada anak ayam yang dicampurkan pada air minumannya menyebabkan anak ayam tersebut mati disebabkan kerosakan pada ginjalnya.
Kajian pada tahun 1973 keatas tikus menyebabkan sel-sel darah putihnya berubah seperti sel-sel kanser.
Dalam tahun 1973 melaporkan anak ayam sudah diberi MSG menyebabkan sel otaknya berkurang 24% dibanding dengan anak ayam yang normal tanpa diberi MSG.
Institut Penelitian Dan Pencegahan Nasional dari Kementrian Kesihatan Jepun sudah melakukan kajian dengan memberikan larutan MSG 2% terhadap beberapa anak ayam menyebabkan ianya mati.
Di Singapura, pengambila MSG ini menyebabkan penyakit radang hati dan menurunkan kadar kecerdasan (IQ) bagi pelajar-pelajar disekolah. “
Ada kajian yang menyatakan MSG tidak menimbulkan bahaya terhadap kesihatan sekiranya diambil dalam kadar yang sewajarnya. Tetapi bukti tidak cukup jelas.
 MSG adalah makanan harian yang digunakan sebanyak 6 mg/kg daripada berat badan manusia dewasa. Jadi sekiranya berat badannya 50kg, kadar sehari  tidak boleh melebihi dari 2 gram.
Di Amerika, dan di Singapura ada peraturan yang menyatakan MSG tidak boleh ditambahkan pada makanan bai dan makanan yang sudah jadi (instant).
Saranan:
  • Jangan terlalu mudah mencampurkan MSG kepada makanan.Penggunaannya juga perlu berhati-hati dan tidak boleh melebihi takat yang telah ditentukan aitu 6 mg/kg berat badan manusia/sehari bagi orang dewasa.
  • Anak kecil atau Ibu yang sedang mengandung, harus hati-hati supaya jauh dari pengaruh negatif.
  • Hindari makanan/minuman yang mengandungi pengawet, pewarna, aisen, atau pemanis buatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan